FOLLOWERS

Monday, November 29, 2010

Chapter 15 : .....Luahan hati sang pencinta kepada yg dicintai…..


Cinta..apa itu cinta?


Cinta itu indah..sungguh indah..namun dalam indah itu juga ada terselit kesedihan yang dipendam. Namun semua itu lumrah dalam kehidupan. Belajarlah untuk mencintai cinta. Hanya orang yang boleh menerima dan merasakan penderitaan, melakukan pengorbanan dan keikhlasan yang akan sanggup memahami apa makna cinta


Cinta boleh menyembuhkan jiwa yang terluka, cinta boleh menyinari hati yang redup dan cinta boleh menghangatkan hati yang terpuruk dalam kesedihan. Cinta juga mampu membuatkan aku tersenyum kala hati sedang merintih dan menangis.


Ketika aku belajar mencintai dan dicintai, aku sedar bahawa mencintai adalah ialah memberi. Memberi cinta pada seseorang yang kucintai tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tapi bolehkah begitu? Aku cuba jadi yang terbaik untuknya. Aku cuba memberikan yang terbaik dan yang termampu untuk mempertahankan cinta itu.


Sedang aku mengenali dan mempelajari apa itu cinta, aku merasakan sakit, kecewa, perih, terluka dan mungkin hatiku retak disebabkan dalamnya rasa cinta itu. Aku tak pernah menyesal untuk mencintai kerana saat aku memutuskan untuk mencintai, aku belajar mencintai seseorang itu bukan kerana namanya, bukan kerana rupanya semata-mata dan bukan kerana harta bendanya


Tapi………………………………………..


Aku mencintai dia, kerana aku yakin bahawa seseorang yang aku cintai, yang hadir dalam hidupku boleh membuat aku bahagia. Tak semua manusia itu sempurna. Aku terima dia seadanya kerana dalam kelebihan ada kekurangan dan kelemahan. Dalam persamaan ada perbezaan. Persamaan itu dapat membina keserasian. Perbezaan itu dapat saling melengkapkan kekurangan yang ada


Dalam perjalanan untuk bercinta, mencintai dan dicintai macam2 dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. Kadang2 kita tak sedar setiap dugaan itu sebenarnya merupakan satu petunjuk yang diberi oleh Allah kepada kita sama ada kita dapat meneruskannya ataupun tidak. Aku tak mampu membuat keputusan itu. Aku keliru. Berikan aku sedikit waktu untuk memikirkannya


Mencintai tak seharusnya memiliki. Perlukah aku melepaskannya jika dia lebih bahagia dengan orang lain disekelilingnya, bukan dengan diriku? Sejujurnya aku berharap orang yang kucintai boleh bahagia bersamaku, membahagiakan aku dan aku juga ingin membahagiakannya


Tapi itulah cinta, satu rasa yang tak boleh dipaksa, hanya masa yang dapat menentukan. Bagi aku mencintai dan dicintai adalah perkara yang terindah di dunia ini. Mencintai bukanlah seberapa banyak yang boleh aku dapatkan darinya, tapi seberapa banyak yang boleh aku berikan untuknya. Begitu juga yang aku harapkan ada pada dirinya


Dan aku hanya mampu berdoa agar aku dapat memberikan cinta pada seseorang yang selayaknya memiliki cinta ini. Tak ada apa yang dapat diselesaikan jika hanya mengikut ego, hati dan perasaan belaka. Aku inginkan seorang teman yang boleh membuatku sanggup bertahan ketika ujian hidup mendatang, susah dan senang bersama, berkongsi suka dan duka, tawa dan air mata dalam mengharungi hidup bersama di hari mendatang

p/s : ayat kat atas ni sume xley blah kan..SUKE ATI LA NAK TULIS JIWANG KE SKEMA KE!!

No comments: