FOLLOWERS

Saturday, October 29, 2011

Chapter 88 : Kebesaran Ilahi


Assalamualaikum readers :)



Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ 

Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ 
Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ 
Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.


60 hasta bersamaan lebih kurang 28-30 meter. Gambar menunjukkan replika jubah dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk menggambarkan saiz Nabi Adam A.S. Tempoh menjahit 18 hari. panjang 29 meter dan lebar 9 meter. Wallahu'alam.

Sumber: Facebook

p/s : Patut la org zaman dlu2 boley wat piramid yg tinggi n besar2 


No comments: