Assalamualaikum
Hye korang.. hari ni 9 zulhijjah..pose sunat x? hehehe..rini pose sunat Arafah taw..sape2 yang pose rini dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.. insyaAllah.. Erm, dis tyme nak citer pasal pengorbanan..sebab ape? sbb sempena dengan hari raya aidiladha a.k.a raya haji yang juge disebut hari raya korban.. :)
Kisah mengenai keluarga Nabi Ibrahim yang diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupannya. Bertahun lamanya keluarga beliau menanti sang buah hati,penyeri dalam kehidupannya suami isteri. Beliau tak putus2 berdoa kepada Allah s.w.t dan akhirnya termakbul juga. Namun, Allah telah menguji keimanan beliau.
Allah berfirman dalam al-Qur’an.
“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: ‘Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!’ Ia menjawab: ‘Wahai ayahanda, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah Engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar’.” (QS. Ash-Shaffat: 102)
Pada satu malam, Nabi Ibrahim telah didatangi mimpi di mana beliau dikehendaki untuk menyembelih anaknya sebagai bukti keimanannya. Beliau yakin bahawa mimpi tersebut adalah wahyu dari Allah bukan sekedar halusinasi dan bisikan syaitan. Akhirnya beliau tekad melaksanakan perintah Allah tersebut bersama anaknya.
Kebersamaan Ibrahim dan Ismail dalam Menjalankan Perintah Allah
Setelah Nabi Ibrahim taw mimpi tersebut adalah wahyu dari Allah, maka dengan segera beliau khabarkan kepada Ismail puteranya yang tercinta lalu meminta pendapatnya. Sesungguhnya Ismail adalah seorang anak yang berbakti pada orang tuanya..
Ketika mendengar hal tersebut adalah wahyu Allah yang disampaikan pada ayahanda tercinta, maka dia tidak lagi berpikir panjang lalu memberikan kataputus untuk melaksanakan perintah Allah. Ismail yang masih muda ketika itu dengan tegas berkata kepada ayahnya..“Wahai ayahanda, kerjakanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”
Kisah Penyembelihan
Tak terbayang suasana ketika Nabi Ibrahim hendak melaksanakan perintah Allah. Perasaan bergejolak dalam jiwa sang ayah yang begitu sayang pada anaknya. Ibrahim dan Isrnail pun berserah diri. Kecintaan Ibrahim pada Allah telah mengalahkan kecintaan pada anaknya. Begitu juga kecintaan Ismail pada Allah mengalahkan kecintaan pada dirinya sehingga rela mengorbankan nyawanya. Maka dimulailah pelaksaan perintah Allah sebagaimana firman-Nya: “Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, nyatalah kesabaran keduanya. “(QS. ash-Shoffat:103)
Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat ini, “Ia (Ibrahim) telungkupkan ke tanah untuk disembelih dari arah tengkuknya tanpa melihat wajahnya saat disembelih agar lebih ringan bagi perasaannya.”
Ketika telah sempurna merebahkan puteranya dan mata pisau mulai dipancangkan untuk di ayurikan ke leher Ismail. Saat itu Allah mengetahui kejujuran Ibrahim dan Ismail. Allah berfirman memuji Ibrahim.
“Dan Kami panggillah dia: ‘Hai Ibrohim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik’. ” (QS. ash Shaffat: 104-105)
Akhirnya Allah pun menjadikan jalan keluar dari ujian mereka berdua. Allah ganti Ismail dengan seekor sembelihan yang besar. Allah berfirman, “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (QS. ash-Shaffat:104-105)
p/s : Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM, melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL, di kala itulah bermulanya sejarah agung dalam erti sebuah pengorbanan.. Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar..InsyaAllah.. Sesungguhnya kisah mereka menjadi teladan abadi keluarga muslim sepanjang zaman.. Selamat Menyambut Hari Raya Qurban
No comments:
Post a Comment