FOLLOWERS

Saturday, November 26, 2011

Chapter 114 : Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum


Hello felo readers! beberape jam je lagik nak masuk tahun baru 1433.. syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih lagi berkesempatan untk bernafas sehingga ke hari ini :)


So sebelum kite memasuki tahun baru islam ni, jom kite same2 membaca doa untuk pengakhiran tahun 1432 yg akan berakhir kurang dari 2 jam lagik..



DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca sebelum maghrib iaitu penghujung waktu asar iaitu pada 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3x. InsyaAllah dengan membaca doa ini kita akan mendapat perlindungan drpd Allah supaya terhindar dari fitnah dan tipu daya syaitan. 


MAKSUDNYA

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam



Barang siapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata : 

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa akhir tahun dibaca 3x selepas maghrib iaitu malam satu Muharram.


MAKSUDNYA 


Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.



Barang siapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata : 

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"

p/s : Semoga kedatangan tahun baru ini membawa lebih pengertian dan lebih bermakna untuk kita semua. Salam Maal Hijrah ! :)

No comments: