FOLLOWERS

Monday, December 5, 2011

Chapter 120 : Lets Jom Puasa Sunat !

Assalamualaikum


A very gud monin dear readers! or stil gudnite for some others? kikiki.. da omost 3am dah ni haa! mate da mantok tp nak share cket la psl bulan Muharram ni especially for dis becomin 10 Muharram :)


Sape tau maksud hari Tasu'a? raise ur hand cepat! :P hakhak Hari Tas'a ialah hari ke-9 dalam bulan muharram. n hari ke-10 plak disebut hari Asyura. Jom ckp pasal Hari Asyura dulu.. sunat berpose pd hari ni..So ape kaitan dgn hari Tasu'a plak? hurm..lets check it out!


HARI ASYURA 


Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)



HARI TASU'A


 Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)



PERINGATAN !!



Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)



Seelok2nya, siapa yg ade kemampuan pose penuh la bulan Muharram ni okeyh sbb bulan ni adalah sebaik2 bulan untuk berpuasa selepas bulan Ramadhan :)


p/s : semoga Allah merahmati kite semua dalam berlumba2 mendampingiNya 

No comments: