FOLLOWERS

Tuesday, January 4, 2011

Chapter 26 : Honey Madu..hihi

Salam

tadaaaa..kenal x gmba kat bwh ni sape?
cumey kn..hihi

~ UMMU HANI ~


Rini nak citer psl drama Hani kat tb3 tu..ritu dok uma dpt gak r layan 3 episod..ni da blek utm xde mkne nk tuwun kat aras bwh nk p tgk tb..malas ahh..tp dpt gak tgk cket2 kat tonton..tp lembs tahap @@$%**##!!!Fuhhhh..Hurmm..Cerita Hani ni cgt menyentuh hati..u noe y? Sbb jalan citer die same je cam cerita Jepon tu..“ One Litler of Tears”..kalo tgk mesti nak nanges..sob..sob..(-_-)”


hurmm....

Meh nk citer cket synopsis die cane..


Ummu Hani merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.


Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.


Dalam drama terbaru TV3, sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.


Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.


Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.


Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.


Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille. Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?


Kowang ley bygkan ape perasaan hani tyme tu? uwarghhh..cdeynye..kne polo la citer ni smpai episod 13 okehh!!!;)


Terbitan - Layar Consult Sdn Bhd

Pengarah - Heykal Hanifah

Skrip - Zabidi Mohamed

Para Pelakon - Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri

Lagu tema - Cinta Matiku by Sixth Sense...layanzzzz!!

jom la kite layan citer ni kat tb3 every Tuesday 9.00pm okies!! sape2 yg xde tb ley layan kat http://www.tonton.com.my wink3..;)

1 comment:

pating said...

kak nurul !! tihin br abes tgk ceta jepun tuh . tapi tihin tak nanges, patut ah kawan tihin cakap tihin takde perasaan . HAHAHA

Hani cantikk ! :)